Minggu Bahasa Malaysia

Pada 11 hingga 15 April 2011, Panitia Bahasa Malaysia  telah mengadakan Minggu Panitia Bahasa Malaysia. Bersempena dengan sambutan itu, berbagai aktiviti telah diadakan antaranya pertandingan bersajak tahap 1 & 2, bercerita tahap 1 & 2, tulisan cantik tahap 1, tulisan berangkai tahap 2 dan membuat buku skrap.
Ahli jawatankuasa Majlis  penutupan Minggu Bahasa Malaysia  merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak pentadbir kerana telah memberi kepercayaan  untuk mengadakan Majlis Penutupan Minggu Bahasa Malaysia di atas pentas  yang Gah rupanya  sekali gus menjadikan Panitia Bahasa Malaysia Panitia yang pertama menggunakan pentas baharu SK Luyang.